Wednesday, March 16, 2011

10 tempat paling sesak



Kolam Renang Berombak Paling Sesak – Tokyo Summerland, Jepun

Tidak percaya melihat gambar di bawah? Ini ialah kolam renang berombak paling sesak yang terletak di Tokyo Summerland. Semasa musim
panas, agak sukar untuk melihat air di dalam kolam renang. (Motif pergi tempat sesak begini waktu musim panas???)




Kawasan Paling Sesak – Mongkok, China

Menurut Guinnes World Records, kawasan Mongkok mempunyai kepadatan populasi tertinggi di dunia, iaitu 130,000 orang per kilometer persegi. Mongkok ialah kawasan komersial/tempat tinggal yang terletak di tengah Kowloon. Karakter Cina bagi Mongkok bermaksud ‘sudut sibuk’.




Stadium Bola Sepak Paling Sesak – Rio de Janeiro, Brazil

Stadium terbuka Maracana, secara rasmi dikenali sebagai Estadio Jornalista Mario Filho di Rio de Janeiro, Brazil, dibuka pada 1950 bagi Piala Dunia FIFA. Semasa perlawanan akhir kejohanan ini, dalam perlawanan yang dikenali sebagai Maracanazo, rekod dunia bagi jumlah penonton telah dicatatkan dalam permainan bola sepak: iaitu sejumlah 199,854 orang, dengan anggaran penonton seramai 210,000 orang.





Laluan Paling Sesak – Shibuya, Jepun

Dengan 2.5 juta orang berada di sini setiap hari, tidak hairanlah Shibuya menjadi laluan paling sibuk di dunia. Tidak kira ke mana anda pergi, bila-bila masa, ia tetap sibuk.





Penjara Paling Sesak – Kresty Prison, St. Petersburg, Rusia

Kapasiti penjara ini sepatutnya hanyalah 3,000 banduan tetapi jumlah sebenar di dalamnya ialah 10,000 orang. Setiap banduan hanya mempunyai ruang seluas 4 meter persegi dan masa selama 15 minit setiap minggu untuk mandi. Penjara ini telah dipindahkan di Daerah Kolpinsky dan bangunan lama penjara telah dilelong. Bangunan penjara ini akan dijadikan kompleks hiburan dan hotel.





Keretapi Paling Sesak – India

Ramai yang menyangka Jepun mempunyai keretapi paling sesak di dunia. Namun dalam satu rancangan TV Jepun bertajuk “Itte Q”, seorang wartawan telah dihantar ke India bagi merasai pengalaman menaiki “keretapi paling sesak di dunia”. Mereka ingin melihat sama ada dia boleh membaca akhbar dalam keretapi. Ternyata ianya sangat sukar.





Pantai Paling Sesak – Pantai Qingdao Huiquan, China

Merupakan pantai berpasir paling besar di Asia, pantai ini terletak di Huiquan Bay di Qingdao, Wilayah Shandong. Ia terkenal dengan air yang jernih, ombak yang tidak begitu kuat dan pasir lembut. Pada musim sejuk, pantai ini turut dikunjungi oleh mereka yang gemar berenang.




Stesyen Subway Paling Sesak – Moscow, Rusia

Gambar di bawah menunjukkan hari biasa di subway bandar Moscow. Tidak semua stesyen sebegini tetapi terdapat tempat yang agak sempit dan menjadikan keadaan sesak sebegini.




Negara Paling Sesak Di Eropah – England

Jumlah penduduk di England telah mengalahkan populasi kepadatan di Belanda yang sebelum ini terkenal sebagai negara paling berkepadatan tinggi di benua Eropah. Jumlah ini disumbangkan oleh peningkatan orang asing di sana, menjadikan kepadatan 395 orang per kilometer persegi.

Namun China masih lagi menjadi negara paling sesak di dunia.




source: simfonikasih.net





Reactions:

4 comments:

  1. sesak nafas kalau kat tempat yang sesak dengan manusia ni...

    ReplyDelete
  2. salam bro..aku tk tahu nk tanya kat mana..aku tgk koleeksi jaguh ko byk giler..terbaik..sekang ni aku tgk cari bengkel2 custom ..nk cari yg termurah la nk buat rigid frame..so byk tk contact..yang aku tau..estern bobbers,e-one bikers je..lain2 tktau...bro kalau tau balas kat email ni ; fadz5@yahoo.com. tq bro

    ReplyDelete
  3. kalau tkde contact..dpt list2 nama kedai custom..kira orait gak tu..aku area kl..sel.

    ReplyDelete
  4. salam fadz...aku da email kat ko balik :) ...check email :)

    ReplyDelete