Selalu kita tgk 3 element ni dihubungkait dgn penipuan, cari org tipu org & mengkayakan upline, dll. Bnyk tanggapan buruk terhadap benda2 mcm ni (almost 99%). Pernah tak terfikir, ape yg terjadi dlm ketiga2 perkara ni.
Kita tahu, 60-70% dari rakyat negara ni dlm kelompok sederhana a.k.a cukup2 makan. Cara terbaik bagi mereka untuk mendapatkan pendapatan sampingan adalah bisnes kecil2an ataupun Jualan Langsung. Fikirkan dgn baik, JIKA kita sendiri nak bukak sesuatu bisnes, mesti pelbagai kajian yg kita buat kan??? produk nak jual, tapak, marketing, modal, target,saingan, persekitaran & sasaran perniagaan.Bayangkan nak bukak kedai makan, tetapi bukak disebelah kolam IWK??? Salah siapa yg merencanakan strategi merketing?
Kekuatan PRODUK itu memainkan peranan penting bagi segi penjualan & saingan. Bila produk itu bagus & ade MARKET, so, tidak salah kita mengembangkan perniagaan kita dgn buka kedai lagi atau lantik ajen, betul tak??? bukankah itu menyerupai ape yg KONSEP MLM tekankan??? konsep ini SEBENAR2NYA untuk mengembangkan perniagaan & tak salah disisi hukum undang2 mahupun syarak (PATUT SYARIAH), Betul???
Malangnya, konsep pengembangan perniagaan ni disalahguna & tafsirkan oleh sebahagian syarikat MLM apelagi geng2 skim2 HARAM ni. Perlu diingatkan, skim2 yg mengutip & mencari org sahaja tanpa produk & lesen boleh didakwa atas akta penggubahan WANG HARAM! Multi Level Marketing menekankan perluasan penjualan produk & penambahan ahli untuk memperkenalkan lagi produk dgn cara "susup akar". Ini adalah salah satu strategi marketing.
Bagi pendapat sy, tak salah sesiapa pun masuk ke dlm sistem MLM ni untuk mencuba nasib berniaga, TETAPI biarlah kena gaya pembawaan itu sendiri & tidak hanya mencari orang utk menjadi Downline sahaja. Kelemahan orang 'KITA' ni, senang makan pujuk & cepat terpedaya tanpa memikirkan kesan pada diri mereka.
Seperti juga pengurusan, untuk menguruskan downline tu amat2 penting. Inilah masalah UTAMA org yg menceburi MLM. Ketamakan & Rakus untuk mendapatkan downline tanpa mengira & menolong downline2 lain yg existing dibawahnya. Pembawakan konsep penyusunan yg tak teratur & tamak menyebabkan sistem mereka hancur barai & tak jalan. DAN mereka membiarkan downline2 mereka terkapar2 + tanpa followup. Kata sistem ni adalah kerjasama sepasukan untuk berniaga & berjaya, tetapi sifat tamak & rakus tu la yg menggagalkan sistem MLM itu sendiri. Bagi mereka yang berjaya, cuba kite intip apakan perkara yg membuat mereka itu berjaya? Perkenalkan produk dulu baru cari org, jaga setiap downline, tlong downline, sentiasa membakar smgt downline2 mereka untuk berjaya = SERVICE AFTER SALES... :) dan disini, sebenarnya konsep MLM itu sendiri menunjukan cara2 franchise membina empayar perniagaan mereka :)Bagi pendapat sy, tak salah sesiapa pun masuk ke dlm sistem MLM ni untuk mencuba nasib berniaga, TETAPI biarlah kena gaya pembawaan itu sendiri & tidak hanya mencari orang utk menjadi Downline sahaja. Kelemahan orang 'KITA' ni, senang makan pujuk & cepat terpedaya tanpa memikirkan kesan pada diri mereka.
So, kita renungkan sendiri, perniagaan itu sendiri adalah sumber utama dari pendapatan. Tak salah mencuba untuk berniaga, asalkan niat kita betul, ihklas & kerana Allah. Hentikan la Skim Piramid cepat Kaya yang tiada modal ini kerana sumber yg tidak betul, niaga yg tiada modal ADALAH HARAM! dan MEMBURUKKAN lagi industri perniagaan Jualan lansung dinegara kita ini. INGAT, industri jualan lansung juga menyumbang sebahagian besar ekonomi negara. tukar perspektif diri kita & renungkan mana yg baik & buruk.
* tiada jalan mudah untuk berjaya dlm perniagaan :)
pandangan ikhlas :)
-Wassalamualaikum-
0 comments:
Post a Comment